Kenapa Simpan Emas Pilihan Terbaik Kumpul Modal Kahwin?
Table of Contents
- Apa Pilihan Simpanan Yang Ada?
- Perancangan Sebelum Kahwin
- Kelebihan Lain Emas Sebagai Mas Kahwin
Apa Pilihan Simpanan Yang Ada?
Nak kahwin tapi takde simpanan. Aaah… parah ni gais. So apa pilihan yang perlu anak muda buat untuk selesaikan masalah ini? Orite ambe cuba explain berdasarkan pengalaman sendiri deh?
Step wajib, perlu ada kerja dahulu. Kalau takde kerja macam mana nak dapat income kan? Tak kisah nak kerja apa pun coz yang penting halal. Dah ada income, next step perlu mulakan simpanan. Takde baki nak simpan? Jangan tunggu ada baki baru nak simpan. Step yang betul, dapat gaji terus alihkan 10% ke akaun simpanan.
Di Malaysia untuk menyimpan duit anda ada 2 platform yang biasa digunakan. Majoriti orang simpan duit dalam bank. Berbeza dengan cara ambe. Ambe higly rekmen rakan-rakan tukarkan duit gaji kepada emas.
Tetapi simpanan tunai (minima 6-12 bulan gaji) untuk kecemasan masih tetap menjadi keutamaan di dalam pengurusan kewangan. Sekiranya rakan-rakan mampu untuk simpan kecemasan dan pada masa sama menukar sebahagian lagi kepada emas, maka itu adalah lebih baik.
Perancangan Sebelum Kahwin
Buat bakal pengantin perempuan, jom baca semua tips di bawah yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk memaksimakan kelebihan emas sebagai mas kahwin:
Rancang Awal
Bakal pengantin (lelaki dan perempuan) haruslah berani menetapkan mas kahwin dan jumlah hantaran dari sejak perkenalan, bertunang atau dari sekarang.
Tetapkan Item Emas Yang Sesuai
Sebagai contoh, mas kahwin ialah RM500 (Kelantan tiada nilai tetap) dan hantaran ialah RM10,000. Maka cari item emas dengan nilai paling hampir. Berdasarkan harga semasa Jan 2022, 1/2 dinar (RM618) sebagai mas kahwin dan gold bar 50 gram (RM13596) sebagai hantaran.
Persetujuan Bersama
Setelah persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak, bakal pengantin perempuan akan mula merancang untuk membeli 1/2 dinar dan gold bar 100 gram melalui kaedah simpan sikit-sikit GAP Public Gold.
Peranan Bakal Suami
Bagi bakal pengantin lelaki pula akan mula membuat potongan gaji di bank/Tabung Haji secara bulanan sehingga mencapai jumlah yang telah dipersetujui sebelum ini (iaitu RM10,500).
Tibanya Hari Bahagia
Sampai masanya untuk berkahwin, bakal pengantin perempuan menjual semua emas yang telah berjaya dikumpul kepada bakal pengantin lelaki. Bakal pengantin perempuan ada 2 pilihan untuk menjual pada harga diskaun ataupun buy back.
Tukar Simpanan Duit Suami Kepada Emas
Bakal pengantin perempuan akan mendapat wang tunai hasil jualan. Sebahagian daripada jualan tersebut bolehlah digunakan untuk urusan majlis kahwin nanti.
Keuntungan Berganda Kepada Bakal Isteri
Apabila selesai majlis akad nikah, 1/2 dinar dan gold bar 50 gram tadi juga akan menjadi milik mutlak anda kerana pemberian dari suami.
Emas Buat Modal Beli Rumah
Jika selepas berkahwin jika anda ingin membeli kereta atau rumah, emas tadi boleh digadai di Ar Rahnu untuk membayar deposit.
Kelebihan Lain Emas Sebagai Mas Kahwin
Emas semakin lama semakin mahal. Harga emas akan sentiasa meningkat untuk jangka masa panjang. Nenek moyang kita dulu dah lama sedar akan kepentingan emas sebagai simpanan walaupun mereka tidak dididik dan didedahkan secara formal.
Menggunakan emas sebagai mas kahwin dan hantaran memberikan nilai sentimental yang sangat kuat berbanding wang ringgit. Seandainya barang kemas 916 sebagai hantaran, isteri anda tentu sahaja akan memakai emas tersebut di badannya. Maka dengan itu dia akan sentiasa mengingati saat indah bersama anda.
Jika wang sebagai mas kahwin dan hantaran, peratus wang tersebut akan habis dalam masa yang singkat sangat tinggi. Berbeza jika anda berikan emas tentu saja akan kekal lama malah tidak akan habis. Sebabnya, emas tersebut hanya akan digadai apabila betul-betul terdesak sahaja.
Artikel asal - https://cantiklink.com/kenapa-simpan-emas-pilihan-terbaik-kumpul-modal-kahwin/