Ubat Terbaik Nak Elak Kebocoran Wang Gaji

Ubat Terbaik Nak Elak Kebocoran Wang Gaji

Ubat Terbaik Nak Elak Kebocoran Wang Gaji

Table of Contents

  • Ada Kemahuan Kemudian Mesti Bertindak
  • Aura Emas
  • Betul Ke Nak Simpan Emas Mesti Modal Besar?
  • Ini Cara Aku Buat Simpanan Emas
  • Bagaimana Cara Nak Mulakan Simpanan Emas?

Ada Kemahuan Kemudian Mesti Bertindak

Aku yakin masih ramai rakan-rakan di luar sana tergolong dalam kategori tak reti nak menyimpan duit atau bahasa kasar ‘boros'?

Serius dulu-dulu aku sendiri ada penyakit ni jugak. Masyuk banyak keluar pun banyak jugak. Ada ketika aliran tunai negatif bila duit keluar lagi banyak daripada masuk. Sedih weh!!! Kerja dah bertahun tapi simpanan kecemasan enam bulan pun takde.

Memang aku akui, aku jenis payah nak simpan duit. Kecuali hok direct potong gaji. Biasanya masuk jer gaji terus belanja dulu. Nak simpan jauh sekali. Tu pun kalau ada baki.

Tapi lepas ada anak 2-3 orang baru ada sikit kesedaran pasal pengurusan kewangan. Tu pun masih tak jumpa lagi cara terbaik untuk kurangkan kebocoran duit. Hanya nampak dua tempat sahaja. Kalau tak simpan bank konfem Tabung Haji.

Bahaya rakan-rakan kalau semua duit simpan dalam bank ataupun Tabung Haji. Sebabnya kita terlalu mudah nak rembat duit simpanan tu. Benda senang nak draw Tuan Puan. Apa lagi pantang tengok ada duit simpanan lebih sikit nafsu boros terus menghasut suruh pergi ‘cucuk' bank.

Emas Rawat Kebocoran Wang Anda

 

 

Aura Emas

Tapi Alhamdulillah tahun 2014 gitu aku start simpan emas sikit-sikit. Memang sungguh bila beli emas, duit kita payah nak ‘hilang tanpa dikesan'. Mungkin betul kot pesan orang-orang tua 'emas ni ada aura'. Aku tak pasti kebenarannya. Tetapi dari segi psikologi bila kita start simpan emas, pantang ada duit lebih sikit hati kita meronta-ronta paksa beli emas.

Tanpa aku sedar, sikap berbelanja secara berlebihan makin berkurang selepas aku ‘paksa rela' mulakan simpanan emas.

Rakan-rakan jangan ulang kesilapan yang pernah aku buat ni. Menyesal pun ada sebab terlambat untuk sedar pasal kepoweran simpan emas ni. Cuba rakan-rakan bayangkan seandainya aku bermula dari awal start kerja sehingga sekarang. Berapa banyak dah emas yang dah berjaya aku simpan? Silap-silap cecah satu kilo emas.

Betul Ke Nak Simpan Emas Mesti Modal Besar?

Betul zaman dulu nak beli emas kena modal besar sampai beribu-ribu ringgit. Salah satu sebabnya, zaman dulu tiada kedai emas yang menjual emas dalam kuantiti yang kecik. Mana nak cari kedai yang ada jual 1 gram emas tulen 999? Paling-paling cikai pun cincin emas kanak-kanak. Itu pun emas 916.

Berbeza keadaan sekarang. Peluang terbaik untuk golongan yang kurang modal macam aku join sekaki sebagai penyimpan tegar emas dah terbuka luas. Rakan-rakan takde modal? Dont worry. Ada RM100 pun kita dah boleh start simpan emas dengan adanya ‘program simpan emas sikit-sikit' atau disebut sebagai Gold Accumulation Program (GAP) yang ditawarkan Public Gold. 

GAP ini kita boleh umpamakan satu program menabung emas fizikal berketulenan 99% (24K) yang pertama di Malaysia. GAP ini memudahkan penyimpan emas mengumpul emas dengan modal yang sangat rendah iaitu minimun RM100 ataupun 1 gram emas pada harga semasa (mengikut kemampuan masing-masing). Emas di dalam akaun GAP tersebut kemudiannya kita boleh tukarkan kepada gold bar atau emas dinar.

Ini Cara Aku Buat Simpanan Emas

#1 Mesti Ada Matlamat

#2 Dapat Gaji Beli Emas

#3 Jangan Tunggu Harga Murah

#4 Buka Akaun GAP

#5 Tukar GAP Kepada Bar

Letak matlamat simpan emas satu gram setiap bulan sebagai forgotten saving. Simpan dan lupakan.

Bagaimana Cara Nak Mulakan Simpanan Emas?

Rakan-rakan yang berminat nak mulakan simpanan emas boleh contact aku melalui wasap. Insyaallah aku reply untuk bantu korang. Jom sama-sama kita tutup kebocoran duit dengan simpanan emas.

Segan nak contact aku tetapi dah faham apa itu Program GAP Public Gold? Rakan boleh daftar terus melalui link ini. KLIK SINI UNTUK DAFTAR. Pastikan anda membuat pembelian dalam tempoh 24 jam untuk mengaktifkan akaun GAP.

Sekiranya rakan-rakan merasakan perkongsian ini akan dapat membantu lebih ramai orang di luar sana meningkatkan kesedaran kewangan sila kongsikan di media sosial anda dengan menekan icon-icon di bawah.

 

Artikel asal - https://cantiklink.com/ubat-kebocoran-wang-anda/